Laman Sosialku..

Kalau rasa2 nak add saya tu..
sila la jangan segan ye..

kalau lambat approve tu maklum le..
BZ..
hahaks..
SELAMAT MENCUBA..
bubai..

Isnin, 15 Oktober 2012

Kenapa Tiada Hari....

Assalamualaikum wbt..


Korang sendiri tau kan HARI BAPA dan HARI IBU adalah untuk menghargai jasa dan pengorbanan mereka yang tiada had kat kita..
kan??
bagi mereka iaitu ABAH, AYAH, PAPA, DAD, ABI, UMIE, IBU, MA, MAK, MOK, MAMA, MAMI dan segala macam panggilan lagilah,
menganggap kita adalah segala-galanya..
harta yang tak ternilai harganya dan xboleh diganti dengan material..
kita adalah anugerah..
dan kita jugalah amanat daripada ALLAH SWT kepada mereka..
jadi, tak hairanlah dan tak menjadi satu persoalan mengapa kita perlu menyambut hari ibu dan hari bapa..

Khamis, 11 Oktober 2012

My Lecturers..

Assalamualaikum wbt..



semua orang tau kan definisi seorang guru tu ape kan??
bagi aku guru pertama aku tak lain dan tak bukan ialah hero aku iaitu abah kesayanganku diikuti heroinnya umie aku..

Selasa, 9 Oktober 2012

Menjaga Persahabatan..


1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

2. Jgn terlalu celupar atau mengkritik kerana kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi mereka.

4. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi.

Isnin, 8 Oktober 2012

Sesuatu Yang Anda Tak Perasan & Terfikir..


1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda..

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara..

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda..


4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda..


5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur..

Kualiti Lelaki Yang Mampu Menawan Perempuan..

1. Percaya Diri 
Keyakinan diri adalah kualiti utama yang sering dicari oleh wanita. Lakukan perkara yang terbaik misalnya kalau anda mahir bermain badminton, maka teruskan bermain badminton dan juga cuba bermain bola sepak. Secara tidak langsung bakat dan kemahiran yang dimiliki akan menjadi lebih baik. Berdiri tegak ketika bercakap. Anda juga boleh melakukan senaman di bahagian belakang. Tetapi cara terbaik untuk membuatkan anda yakin pada diri sendiri ialah memandang wanita tepat pada matanya. Cara ini membuatkan anda kelihatan lebih yakin dan matang. Si dia juga akan memberi tindak balas yang lebih baik.

2. Lelaki Lucu 
Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. Anda dinasihatkan agar tidak bersama teman wanita ketika si dia bersedih. Kemungkinan ini akan membuatkan dirinya lebih berduka. Paling tidak, cuba mengingati filem atau kisah lucu yang anda pernah tonton lalu menceritakan kepadanya agar si dia kembali tersenyum. Pujukan dengan cara ini lebih menikamkalbu daripada memaksakan diri mewujudkan suasana ceria. Anda boleh mencari idea agar si dia dapat melupakan krisis yang dihadapinya. Di samping itu anda juga boleh membantunya menyelesaikan kekusutan yang melanda jiwanya.

Khamis, 4 Oktober 2012

1 Minit Je..


Nak dengar satu cite x??
Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... jeng!jeng!jeng!... bunyi....aauuummmmm!!!!! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni.
Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata ya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi.
Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.
Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor  tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak.  Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa buaya .
      
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba....terdengar  satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu...  bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu.
      
Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya.      Subhanallah sungguh sedap ni." Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.
      
 Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
      
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita.Kan tikus tu gigit tali tu. Madu...,madu  yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah.
      
 Astaghfirullah...
      
       



Kisah Kura-Kura & Monyet..


Satu pertandingan menjawab teka-teki telah diadakan antara sang monyet dan kura-kura. Al-kisahnya, mereka sebenarnya nak beradu kekuatan, tetapi tidak mahu menggunakan cara cerita zaman kanak-kanak dulu yang mana arnab berlumba lari dengan kura-kura..

Mengikut mereka, zaman IT ni lebih baik meraka menggunakan kepintaran akal dalam menjawab teka-teki. Teka-teki dimulakan dengan monyet yang agak angkuh bertanya soalan kepada kura kura..

Monyet : Apakah yang sama macam lembu, muka macam lembu, ekor macam lembu,tanduk macam lembu... tetapi bukan lembu..

Kura2 : Nanti aku fikir sekejap..

Monyet : Jangan lama-lama sangat. Ini tak main talian hayat tau!
(Monyet merasakan bahawa kura-kura pasti tidak boleh menjawab soalannya.)

Kura2 : Aku rasa jawapannya ialah.... GAMBAR LEMBU... Betul tak nyet??

Monyet : Betul!!

Kura2 : Soalan tu, budak pra sekolah pun boleh jawab.

Monyet : Ye lah tu.... Soalan kau pulak macamana?? Aku tak sabar nak jawab ni..

Kura2 : Buah apa yang sering menimbulkan pertanyaan??

Monyet : Ada berapa talian hayat?

Kura2 : Aku bagi kau teka sampai 3 kali.

Monyet : Durian..

Kura2 : Salah..

Monyet : Rambutan

Kura2 : Salah jugak

Monyet : Buah tangan

Kura2 : Pun salah

Monyet : Kalau semua salah.... apa jawapannya?

Kura2 : Buah epal

Monyet : Kenapa buah epal??

Kura2 : Tu.. kau dah buat pertanyaan..... Ini bermakna buah epal lah jawapannya. Ini bermakna aku menang!!!

Kura2 meninggalkan monyet yang masih termanggu-manggu memikirkan jawapan yang diberi oleh kura-kura tadi sambil berkata "dah la tue monyet ko dah kalah dari ko susah nak pikir jawapannye tu lebih baik ko pergi buatkerja, layan entri blog nie sehari semalam pon tak boleh abis..
dah nyet gi buat kerja yer nyet !!"

Selasa, 25 September 2012

Kelas Mandarin..

Assalamualaikum wbt..

post kali nak cite sikit time menghadiri kelas bahasa mandarin..
time ni terpikir sebab bahasa mandarin ni bahasa ekonomi dunia..
jadi, aku ingat nak tambah SOFT SKILL..
namun sekarang, aku lupa dah nak speaking mandarin..
time ni pada tahun 2010..
cuti semester 3bulan..
separuh daripada tu ak hadir kelas ni..
malam je..
bila tengok gambar ni..
mesti IMBASAN KEMBALI datang dalam minda dan imaginasi aku..
mesti la ada kenangan yang melucukan..
btol x??

Ahad, 23 September 2012

I Love You..


Assalamualaikum wbt..

hari ni aku nak berkongsi sedikit pasal CINTA..
korang mesti dah EXPERT kan??

tapi kali ni aku nak kongsi kt korang yang setiap negara mahupun bangsa menggunakan bahasa mereka sendiri untuk mengungkapkan TIGA PERKATAAN KERAMAT sama ada korang berkapel mahupun dah berumah tangga..

jom intai2 kat bawah..

Khamis, 20 September 2012

Tips Khatam Al-Quran Dalam Sebulan..


Al-quran memiliki hampir 600 muka surat..
kalau dibahagikan dalam 30 hari, brmakna 20 muka surat sehari..
namun, susah untuk baca sekaligus..
tapi kalau kita bahagikan pulak dalam solat 5 waktu, maka lebih senang..

Dialog Cinta Zaman Sains & Teknologi..



Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu
ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku.
Masihkah kau tidak membuat sebarang
anggapan??

Mu : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau
ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas
penggantian ke atas diriku. 


Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan
garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih
lagi unsur dan bukannya
sebatian. 


Mu : Tapi, aku berasa seperti kasihmu
berkadar songsang dengan kesetiaan yg
kuberikan. 


Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!!


Mu : Aku masih belum mengerti lagi kerana
penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum
sahih. 


Aku :  Tapi, aku mengamalkan hukum newton
ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan
dengan cinta yg kau berikan. 


Mu : Kau jangan bohong! Aku telah
mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg
mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara
rawak. 


Aku : adalah fitnah yg telah tersebar melaui
proses pencaran dan perolakan.

Mu : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh
perkahwinan kita mengalami rintangan? 


Aku : Aku harus menggunakan perintang boleh
laras untuk mengurangkan rintangan itu. 


Mu : Adakah kita akan berpadu secara kimia? 


Aku : Itu masih belum diketahui, tetapi
hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan
mikroskop cahaya. 


Mu : Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg
lebih aktif dan bertindak balas dengannya. 


Aku : Nampaknya, kita sedang bercinta tiga
segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum
penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.

Mu: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam
magnitud dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak
percaye??


Aku : Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu
semua itu dalam bentuk lazim. 


Mu : Itu semua boleh diabaikan, yang aku
mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus
mengalami pecutan yg seragam. 


Aku : Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5
dari iman. 


Mu : Tapi, imanku adalah infiniti!!


Aku : Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana
kau blum mendarabkannya dengan 6x10'23.


Mu : Kau membuat kemarahanku meruap-ruap.
Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau
jugakk yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis. 


Aku : Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi,
aku telah mengalami plasmolisis. 


Mu : Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku
sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau
grafiti. Pergi kau dari sini. Biarkan aku
sendirian..

Cara Meludah Dengan Betul..


sebelum ni, kalau aku nak meludah..
aku akan meludah je kat mana2 tempat yang aku rasa patut ludah..
tapi bila aku dapat artikel ni dalam external aku (xprasan pulak ada)..
aku kene la buat dengan cara yang betul..

Asal-Usul Happy Birthday To You..


TAHUKAH ANDA ASAL LAGU "SELAMAT HARI JADI" (Happy Birthday To You)??

Lagu ucapan selamat menyambut hari jadi "Happy Birthday To You" telah menjadi lagu yang paling popular di dunia, dinyanyikan berjuta kali oleh berjuta-juta orang. Setiap saat dan setiap detik di mana-mana pelusuk dunia pasti ada yang menyanyikan lagu ini bagi meraikan ulangtahun kelahiran seseorang. Semua golongan tidak kira yang dewasa, remaja mahupun kanak-kanak seawal usia setahun tahu menyanyikannya, atau sekurang-kurangnya mampu mengikut melodinya. Masing-masing dapat merasai keistimewaan lagu ini apabila dinyanyikan kepada mereka setahun sekali. Namun tahukah anda, bilakah lagu "paling popular di dunia," sepanjang zaman ini dicipta? Dan siapakah penciptanya

Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to ....................
Happy birthday to you


Selasa, 11 September 2012

Raya + Kawin..

SELAMAT HARI RAYA..
Maaf Zahir & Batin..

maaf la ye baru post..
memang lama dah nak post tapi saje nak biarkan entry ni berlumut dalam draft..
hahaks..

oleh sebab ada orang asing yang baca blog aku ni..
so nak speaking le kejap..

i wish eidulfitr to all of my frens, readers and all of muslims in whole world..
hope our day will become more great n full of prosperous..

lets begin with my not really new story..
ahh..
malas lah nak speaking2 ni..
leceh..

tulis BM pon ok je..
ye x??

Ahad, 2 September 2012

Akhirnya..

Sebelum memulakan entry ni..
izinkan aku memohon maaf sebab gaya penulisan yang xmenarik..

Syukur aku hanya pada Yang Maha Pencipta segala yang ada dibumi dan juga dilangit..

Setelah 3 tahun aku menuntut di Hutan Ilmu..
Semalam aku telah mengakhirinya dengan perasaan yang bercampur baur..
sedih ada..
excited ada.
gembira ada..
terkilan ada..
macam2 lagi la..

Tepat pada pukul 5.33 petang..
aku keluar dari Hutan Ilmu..
disana aku temui ramai kenalan, kawan, rakan, sahabat, BFF, adik beradik yang menjadikan hidup aku disana sangat meriah..
penuh dengan gelak ketawa, suka duka, pahit manis..

Kisah 1 September 2012..

Assalamualaikum wbt..

Entry kali ni mengisahkan tentang hari kejadian disebalik tarikh keramat ni..

pada mulanya seorang member aku ni nak wat program berkelah n makan2..
tapi xtau ag nak wat kat mana..
lepas sume plan setel baru decide tempat nak pegi..
muktamadnya LATA TEMBAKAH telah dipilih untuk menjadi destinasi kali ini..

Isnin, 11 Jun 2012

The Person Who Has No Body Mass Index [BMI]..

aik!!
ape ke pelik sangat entry ni??
kalau korang nak tau..
kebanyakkan orang atau manusia kat dunia ni ada BMI masing2..
tapi aku??



Selasa, 29 Mei 2012

Last Class for the Whole of My Study..

kerek r ko lip..
tajuk entry English..
tapi content dlm Melayu..
xpe la..
janji aku bahagia..
n xnyusahkan org..
;[)



kali ni nak STORY d' MORY skit pasal kelas terakhir yang bakal aku masuk petang ni..

Jumaat, 18 Mei 2012

Moments at Sedim & Pantai Merdeka..

Pada 11 Mei 2012 iaitu hari jumaat yang lalu, aku bersama classmate pergi RELEASE TENSION di kawasan2 Kedah ni..
biasa la..
dah penghujung sem ni banyak asmt yang nak kene hantar..
tapi nasib baik aku xde banyak asmt n sume dah siap..
jadi, ikut je la dorang g lepak2..
lagipun, aku bukan pernah pon pergi sana n kalau xpergi skang ni..
bile ag nak g ngan dorang..
time keje?? NO WAY!!
time reunion?? BUAT KE?? xtau la..
so, baik pergi time tgah ada peluang ni..
kan3??
kali ni aku nak berkongsi pengalaman pergi Sedim di daerah Kulim dan jugak Pantai Merdeka di daerah Sungai Petani..
Seronoknya xdapat nak cakap..
yang boleh cakap hanyalah..

Syok!!  Best!! Fun!! Hillarious!!
ok la sume..
jom klik ni

Ahad, 13 Mei 2012

Kewajipan Mentaati & Membalas Jasa Ibu

Assalamualaikum wbt..
hai sume..
entri kali kita membincangkan tentang IBU..
hari ini pada 13 Mei merupakan HARI IBU..
ada sesetengah daripada kita mengatakan bahawa hari ibu adalah HARAM untuk disambut kerana ia dikatakan hari untuk memperingati MOTHER TERESA..
tetapi bagi pendapat saya sendiri..
tak salah kalau kita menyambut hari ibu kerana kita menyambut hari ibu ini dengan niat kita menghargai dan mengenang jasa ibu kita sendiri..
betul tak??
apa2 pon yang kita lakukan mesti didasari dengan NIAT. kan??
dan niat kita lah yang menentukan apa yang kita buat tu betul atau salah, halal atau haram..
jadi terpulanglah pada anda semua untuk menilai pendapat saya ni dan nilai jugalah pendapat masing2..
pendapat takde yang betul atau salah melainkan ia dengan jelas melanggari hukum-hakam syariat ISLAM.


















meh saya kongsi sedikit pada anda sume tentang kewajipan mentaati dan membalas jasa ibu..

Sabtu, 5 Mei 2012

Mengapa Hawa Tercipta Disaat Adam Tertidur

Seorang lelaki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam A.S saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Rabu, 25 April 2012

Hand-made Necktie..

Gambar2 tali leher yang bakal korang sume tengok merupakan hasil air tangan kakak aku yang pandai menjahit..
beliau sangat berbakat dalam hiasan dalaman turut berbakat dalam semua benda yang berkaitan ngan jahitan..
antaranya ialah langsir, baju kurung, tali leher, jubah, baju melayu, seluar jean, kemeja..
banyak lagi cume malas la plak jari ni nak menaipnye..
saje je ak nak share sebagai penghargaan kepada beliau yang gigih berusaha untuk minatnya..
aku berbangga ngan kejayaannya sehingga sekarang ni sebab dah memiliki butik sendiri walaupon xla besar mana pon..
sekarang ni kakak aku sedang memohon untuk menjadi tenaga pengajar untuk kelas jahitan..
mohon doa daripada korang sume..
;[)

Selasa, 24 April 2012

Menggila Dikala Senja..

tengok tajuk pos dah macam TETT!!
hahaks..
entry kali berkisahkan perlakuan aku ngan teman baik aku di U, Dollah..
kelakuan kurang sopan atau bahasa kasarnya xsenonoh ni kami rakamkan pada hari ni 24 April 2012 pada pukul7.30 malam..

jom klik kt bawah ni..

What's in the Last Sem??

Setelah sekian lama xpost entry baru..
ari ni tergerak dihati untuk wat new entry..
seperti dulu-kala gak..
ak seorang yang malas untuk tulis panjang2 ni..
cukup ngan gambar untuk menjelaskan semuanya..

LET'S GO!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

U Follow I, I Follow U Balik..