Laman Sosialku..

Kalau rasa2 nak add saya tu..
sila la jangan segan ye..

kalau lambat approve tu maklum le..
BZ..
hahaks..
SELAMAT MENCUBA..
bubai..

Sabtu, 5 Mei 2012

Mengapa Hawa Tercipta Disaat Adam Tertidur

Seorang lelaki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam A.S saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.


Sesungguhnya Allah S.W.T menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang puteri yang manja, dan seorang istri yang penurut.
Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikhabarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W, “Jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksudnya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.



Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu bererti DIA SEDANG MENANGIS DALAM HATINYA. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sukar untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang.


.:KRONOLOGI CINTA LANDASAN ISLAM:.

  
Dari mata turun ke hati. itulah ungkapan yang paling sesuai sebab pertama kali pandang terus jatuh hati.

 
Selepas tu, bagitau mak ayah yang kita nak kawin. bukan sebab korang gatal tapi dah WAJIB untuk berkahwin. Maka, mak ayah korang pon pegi la merisik keluarganya untuk korang. Lepas tu, terjalin la ikatan PERTUNANGAN. Kalau nak EXPRESS, tunggu la WALIMATULURUS.

 
Lepas tu, terjadi ikatan SILATURAHIM antara 2 buah keluarga hasil pernikahan itu.

 
Akhir sekali, boleh la korang pegang2 tangan. Nak pegang kat mana2 pon boleh dah HALAL. Dah tak ada yang haram dah bagi suami dan isteri. Suke hati korang la. jangan OVER plak. Tapi, jangan lupa TANGGUNGJAWAB korang berdua sebagai suami dan isteri yang bakal menjadi IBU dan BAPA.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

U Follow I, I Follow U Balik..