Laman Sosialku..

Kalau rasa2 nak add saya tu..
sila la jangan segan ye..

kalau lambat approve tu maklum le..
BZ..
hahaks..
SELAMAT MENCUBA..
bubai..

AGAMA & RENUNGAN

22 Tanda Akhir Zaman


1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya.

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).


22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

1. Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
2. Bertudung tetapi ber`T-Shirt' berlengan pendek.
3. Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
4. Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah       `menggoda'.
5. Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
6. Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
7. Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain    tudung.
8. Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.


BISMILLAH

Bismillahirrahmanirrahim yang bermaksud 'Dengan Nama Allah SWT Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih' sering kita ulangi dalam kehidupan seharian, apabila ingin melakukan sesuatu, kita akan menyebut kalimah suci itu. Namun, adakah kita tahu kebaikan di sebalik ucapan itu?

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Addailami yang mendengar dari Ibnu Mas'ud r.a: "Sesiapa yang membaca Bismillah akan dicatatkan untuknya bagi setiap huruf (19 huruf) dengan 4000 kebaikan dan 4000 keburukan dihapuskan dengan diangkat pembacanya dengan 4000 darjat".
Bacalah! Bacalah dengan Nama Tuhanmu Yakni Allah
Alim ulama mengatakan bahawa mengucapkan Bismillah dalam setiap permulaan urusan seperti makan, minum, memakai pakaian dan bersuci adalah sunat. 
ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)" 
 
خَلَقَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مِنۡ عَلَقٍ
"Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku" 
 
ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ
"Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah" 
 
ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ
" Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan" 
 
عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ
" Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." 
 
Surah Al-Alaq 96: Ayat 1-5




Menahan Marah

Marah apabila tidak dibendung maka akan membawa perkara yang di luar batasan. Justeru, Islam mengajar kita untuk menahan marah seperti berikut:

Pertama
Melatih diri untuk bersifat baik dan positif seperti lemah lembut, baik hati, sabar, tenang dalam menghadapi apa saja situasi. Rasulullah saw telah menunjukkan contoh terbaik kepada kita dalam hal ini seperti kisah yang berikut: Suatu hari seorang lelaki yg bernama Zaid bin Sa’nah (sebelum keislamannya), datang berjumpa Nabi Muhamad SAW untuk meminta hutang daripada Nabi SAW namun, hutang tersebut belum masanya lagi untuk dibayar. Zaid dtg dgn penuh kekerasan dan kekasaran. Nabi menyambut kedatangan Zaid dgn senyuman dan berlapang dada. Umar mengherdik Zaid atas kekasaran Zaid terhadap Rasulullah SAW. Maka, Nabi pun berkata kepada Zaid dan Umar

“Aku dan dia(zaid), kami lebih memerlukan kepada sikap yang lain daripada apa yg kamu tunjukkan wahai Umar. Engkau sepatutnya menyuruh aku supaya membayar dgn baik dan menyuruh lelaki tadi(zaid) meminta dgn cara yang baik”

Nabi meminta sahabat untuk membayar hutang tersebut namun Nabi telah membayar lebih daripada hutang tersebut sebagai tanda memujuk Zaid atas sikap Umar. Dengan sikap dan akhlak yang ditunjukkan Nabi maka, akhirnya Zaid memeluk Islam. (Hadith riwayat Ibnu Hibban al-Hakim dan at-Thabrani)

Kedua
Hendaklah seseorang itu menguatkan jiwanya ketika mana dia hendak marah, kemudian igt tentang akibat buruk marah dan mengingati kelebihan org yg menahan marah dan memaafkn kesalahan org lain. Firman Allah swt

“Orang-orang bertakwa ialah orang yang berinfak baik diwaktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Allah mencintai orang yang berbuat kebaikkan” (Al-imran:134)

Nabi SAW bersabda bermaksud :
“Sesiapa yg menahan marah sedangkan dia mampu melepaskan marahnya Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di depan sekalian makhluk sehingga Allah memberinya pilihan untuk dia memilih mana-mana bidadari”
(Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud & At-Tirmizi)

“Tidak ada seseorang hamba menahan marah kerana Allah Ta’ala, melainkan Allah akan memenuhinya dengan keamanan dan keimanan”  (Hadith riwayat Abu Daud)

Ketiga
Meminta perlindungan kepada Allah Ta’ala daripada syaitan yang direjam. Firman Allah Ta’ala :

”Dan jika syaitan datang menggodamu maka berlindunglah kepada Allah. Sungguh, Dia Maha Mendengar , Maha Mengetahui” (Al-A’raf:200)

2 orang lelaki bermaki-makian di depan Nabi, salah seorang daripada mereka memaki seorang lagi dgn keadaan merah padam mukanya kerana kemarahan. Nabi SAW bersabda maksudnya :
”Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah kalaulah kalimah tersebut diucapkan oleh orang yang marah itu nescaya akan hilang kemarahannya iaitu aku berlindung dengan Allah Ta’ala daripada syaitan yang direjam” (hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Keempat
Orang yang marah hendaklah mengubah kedudukannya dari berdiri kepada duduk. Apabila kedudukan seseorang yang marah itu berdiri maka memudahkan dia untuk mengambil tindakan atas amarahnya.

Nabi SAW bersabda maksudnya :
”Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring”
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

Kelima
Tidak berkata-kata kerana kata-kata boleh menambahkan kemarahan dan kata-kata yang telah dilafazkan membuatkan timbul rasa penyesalan ketika perasaan marah telah reda

Nabi SAW bersabda maksudnya :
”Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam"Nabi saw mengucapkannya 3 kali”
(Hadith riwayat Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)

Keenam
Berwudhuk, di mana kemarahan datang daripada syaitan yang dicipta daripada api. maka yang demikian, yang dapat memadamkan api adalah air yang dapat diperoleh daripada berwudhuk, demikian dangan izin Allah dapat meredakan kemarahan

Nabi SAW bersabda maksudnya :
“Sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang daripada kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk”
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

“Ketahuilah sesungguhnya kemarahan adalah bara yang marak menyala di dalam hati anak Adam”
(Hadith riwayat Ahmad & Tarmizi).





Hukum Wanita Mengukir Hiasan 
Pada Tangan Menggunakan inai..

Bagaimana pula hukum memakai inai yang berukir di tangan. Sekarang ini ramai perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan berupa awan larat ataupun daun. Kita lihat dan nilai berdasarkan hadis Nabi ini :

Dari Ibnu Umar r.a katanya: "Bahawasanya Rasulull...ah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan Baginda mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu." [hadith bil. 2003 : Sahih Muslim]

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain,wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)" [hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari]

Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz: "Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu adalah kategori tatu,kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul di hujung jari."

Mengenai penjelasan hukum memakai inai baik lelaki mahupun wanita samada di hujung jari mahupun ukiran awan larat atau gambar,sudah jelas hukumnya berdasarkan pendapat ulama' dan dalil yang diberikan. Tetapi masih ada lagi dikalangan masayarakat yang melakukannya. Nak kata tidak diberi penjelasan, saya kira sudah berbuih mulut ustaz-ustaz mahupun ulama'-ulama' mengatakan tentang hukum tersebut.

Jangan sampai kita menolak syariat semata-mata untuk mengikut adat. Apa gunanya kita beragama Islam, apa gunanya kita bermazhab jikalau kita tidak mengikuti syariat dan hukum yang telah ditetapkan. Sama-sama kita renungkan wahai pembaca yang budiman..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

U Follow I, I Follow U Balik..