Laman Sosialku..

Kalau rasa2 nak add saya tu..
sila la jangan segan ye..

kalau lambat approve tu maklum le..
BZ..
hahaks..
SELAMAT MENCUBA..
bubai..

KESIHATAN

Posisi Jerawat Petunjuk Kepada Kesihatan Seseorang


Oh..Tidak! Jerawat. Kebanyakan orang pernah naik jerawat di muka tidak kira besar atau kecil. Kalau tengok cermin mesti tidak sah kalau anda tidak belek-belek muka, nampak jerawat mulalah rasa sakit hati dan geram kan? Itu perkara biasa.
Ada setengah orang cakap jerawat ini menyusahkan dan memalukan bila sudah naik banyak-banyak di muka. Sampai ada yang sanggup tidak mahu keluar rumah bila muka berjerawat. Betul ke? Tapi jerawat tak boleh dibiarkan sebabkan kesannya sangat teruk.Tapi tahukah anda posisi jerawat boleh memberi petunjuk ataupun isyarat tentang kesihatan kita walaupun bukanlah secara menyeluruh? Menarik bukan? Jom teruskan membaca info dibawah.

Jerawat kat DAHI

Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.
Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.

Jerawat kat HIDUNG

Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.
Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.

Jerawat kat DAGU

Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

Jerawat kat PIPI

Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.

Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)

Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda. Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.

P/S: Tips untuk kulit sihat

Anda dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Ini akan membantu anda utk menyeimbangkan suhu badan dan membebaskan toksik yang tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita. Ia juga membantu pelawasan.

25 Tip Turunkan Berat Badan


Ingin kuruskan badan dengan cepat dan mudah? Berikut adalah 25 tips untuk membantu anda kurangkan berat badan di Malaysia. Saya akan bahagikan tip-tip artikel ini kepada nutrisi dan pemakanan, senaman serta supplement.

1 - 10: Nutrisi dan Diet Pemakanan.

Kita mulakan dengan tip-tip diet dan pemakanan.
  1. Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu makan, malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
  2. Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana nafsu makan anda akan bergelora dan metabolisma badan anda akan menurun.
  3. Kenali keperluan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Kalau tidak tahu, bagaimana hendak mengawal kuantiti pemakanan?!
  4. Roti canai ... berapakah kalorinya? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalori makanan dan minuman seharian anda. Gunakan laman web seperti Cekodok.com untuk panduan percuma.
  5. Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling mudah. Anda hanya perlu menggantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula. Dengan cara ini, anda boleh mengurangkan kira-kira 10kg dalam setahun. Ingin belajar caranya? Mudah sahaja, kira jumlah kalori yang anda boleh jimat dengan tip ini.
  6. Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangka masa panjang. Tetapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air dalam badan anda.
  7. Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
  8. Segenggam tangan karbohidrat. Samaada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Jikalau masih tidak kenyang, tambahkan lauk.
  9. Pastikan kuantiti pengambilan protein mencukupi. Sebagai panduan, ingatkan diri anda untuk mengambil 2 - 2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Pastikan juga protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.
  10. Kawal nafsu makan! Satu-satunya cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak berpeluang untuk terjadi. Namun sekiranya nafsu makan itu sudah tiba, maka ia sudah terlewat. Gunakan tip-tip mengawal nafsu makan dalam eBook percuma 45 Craving Saving Tips.

11 - 20: Senaman.

Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Anda tidak perlu mencari trendsenaman yang terkini. Apa yang penting ialah anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.
  1. Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin mengurangkan berat badan, senaman sebenarnya tidak wajib. Tetapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.
  2. Angkat berat! Tak kira jantina dan umur. Pastikan anda memasukkan senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa? Kerana ia membantu menguatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya jika anda sudah berjaya menguruskan badan, sudah tentu anda inginkan badan yang kental bukan?.
  3. Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman anda. Kalau tidak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir.
  4. Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukos. Sekiranya anda berjoging atau bermain badminton dengan harapan untuk membakar lemak, pastikan anda elakkan diri dari mengambil minuman seperti Milo, 100Plus atau Gatorade.
  5. Tidak perlu bersenam setiap hari. Jika bersenam, tidak perlulah melakukannya setiap hari. Ketahuilah bahawa hanya 2 - 4 kali seminggu sudah memadai. Biarkan badan anda rehat dan pulih. Ingat, yang penting adalah kualiti senaman, bukannya kuantiti senaman anda.
  6. Inginkan perut yang kempis? Crunches dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs diliputi dengan lapisan lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.
  7. Senaman untuk toning?. Senaman semata-mata tidak akan menunjukkan perubahan positif. Usaha anda perlu digabungkan dengan pemakanan yang baik untuk membakar kalori (lemak). Untuk panduan yang tepat, dapatkan eBook Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu.
  8. Yoga untuk kuruskan badan? Tidak juga. Yoga sememangnya sesuai untuk flexibility dan ketenangan tetapi untuk senaman menurunkan berat badan, kardio adalah pilihan yang jauh lebih baik.
  9. Sauna dan steam room? Kedua-duanya boleh membantu mambakar kalori dan membuang air dalam badan. Justeru, ia tidak menjadi masalah anda jika anda ingin mengunjunginya.
  10. Seks sebagai senaman? Sudah tentu. Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan juga dapat mengurangkan stress.

21 - 25: Supplement dan makanan tambahan.

Jika digabungkan dengan diet, senaman asas yang baik serta supplement yang mencukupi, ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda untuk mengurangkan berat badan. Tapi ... pastikan anda tidak tertipu dengan gambar sebelum dan selepas yang sering dilihat di dalam pengiklanan.
  1. Pil cepat kurus? Tidak kira di mana dan apa juga harganya, tiada pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan serta membakar lemak tanpa gabungan pemakanan asas yang baik. Ia mustahil.
  2. Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teorinya, yes. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolisma badan anda melalui ramuan seperti caffeine danguarana. Jadi dengan pembakaran kalori berlebihanan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. walaubagaimanapun, nasihat saya, jangan bergantung kepada mana-manasupplement untuk jangka masa panjang.
  3. Ingin mengurangkan 1kg? Anda perlu bakar atau membuang 7,700 kalori samada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-duanya sekali.
  4. Supplement protein merupakan pilihan yang baik sebagai snek antara hidangan.Supplement protein rendah dari segi kalori, mudah dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah.
  5. Dapatkan supplement multivitamin yang baik. Kekurangan micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi pastikan anda mempunyai supplement multi-vitaman yang bersesuaian dengan jantina, umur dan gaya hidup anda yang unik.
  6. Herbalife adalah contoh makanan pengganti ataupun meal replacement. Walaupun ia dapat memberikan anda kesemua keperluan khasiat untuk suatu hidangan, ia mahal dan saya tidak syorkan anda serahkan nasib berat badan anda kepada mana-mana produksupplement.
Nak lagi tip-tip kurangkan berat badan? Need more help or tips? Saya sangat-sangat syorkan anda membeli eBook berjudul Panduan Kurangkan 5kg 5 Minggu. Ia memberi panduan langkah demi langkah untuk menurunkan berat dengan cepat tanpa perlu berlapar. Senaman juga optional. Semuanya mengikut gaya hidup kita di Malaysia.


Gabungan vitamin untuk kulit

Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink. Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.
Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.
Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga lebih rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan jerawat yang teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat serius mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah. Keadaan ini berbeza berbanding mereka yang kurang berjerawat atau mereka yang sihat.
Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E, termasuklah:
"Vitamin E perlu untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung, dinding kapilari yang sihat.
"Sebagai anti oksida larut lemak, ia menjaga tisu-tisu pelindung berlemak yang mengelilingi organ-organ utama dan mencegah penyakit degeneratif.
"Ia mengandungi bahan anti penuaan yang membantu merangsang kulit yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit.
Selain vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan dengan vitamin penting lain seperti Beta karoten (pro-vitamin A) dan beberapa mineral lazim seperti zink dan selenium untuk tindakan anti oksida yang poten.
Beta karoten juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan ditukarkan kepada vitamin A apabila diperlukan. Beta-karoten merupakan anti oksida berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun.
Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida. Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem reproduktif, selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum.
Mereka yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.
Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk mereka yang ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi UV. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi manfaat dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan beta karoten, vitamin C, E, zink dan selenium yang turut ditambah dengan kumpulan vitamin B seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan tindakan sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas.


Makanan Yang Membantu Menjauhkan KANSER
Mencegah lebih baik daripada merawat. Bagaimanapun dalam keadaan realitinya, tidak ramai yang mengamalkan aspek pencegahan. Sebaliknya, jika terkena atau disahkan menghidap penyakit, barulah tindakan segera diambil, sama ada melakukan rawatan, mahupun mula mengamalkan aspek berjaga-jaga ataupun pencegahan. Menyentuh mengenai aspek pencegahan penyakit terutamanya penyakit kanser, haruslah dilihat terlebih dahulu, mengenai punca penyakit tersebut. Apabila kita memperkatakan mengenai risiko untuk mendapatkan kanser, tidak ada satu sebab ‘solid’ yang boleh dikatakan menjadi punca kepada penyakit berbahaya itu. Menjelaskan lebih lanjut mengenai pencegahan penyakit kanser, Pakar Kardiologi Pusat Perubatan Pantai, Datuk Dr. Ibrahim Wahid berkata, sehingga kini, tidak ada satu kajian tepat mengatakan bahawa sesetengah makanan ataupun tumbuh-tumbuhan boleh mencegah kanser.

Isu ini sangat komplikated kerana dari segi risiko makanan dan kanser tidak ada kaitan yang terus. Untuk mencegah kanser, kita tengok apa puncanya. Jika ia berpunca daripada makanan, kita tengok apa jenis makanan dan kurangkan makanan tersebut. Bagaimanapun, apabila memperkatakan mengenai makanan dan kanser, ia menjadi komplikated. Contohnya, daging. Ada yang mengatakan bahawa daging boleh menyebabkan kanser dan ini bermakna, jika anda tidak memakan daging, maka anda tidak akan mendapat kanser. Walhal keadaan ini tidak semestinya berlaku. Ini kerana, jika kita tengok mereka yang mengamalkan pemakanan vegetarian pun boleh mendapat kanser. Misalnya, orang Buddha, mereka tidak makan daging tetapi makan sayur-sayuran, tetapi ada yang menghidap kanser dan saya sendiri mempunyai pesakit daripada penganut agama ini. Sebab itulah saya katakan tadi, ia agak komplikated. Mereka yang menjaga kesihatan pun boleh mendapat kanser. Sebenarnya banyak faktor lain, antaranya merokok, peningkatan usia, sinaran matahari, radiasi, bahan kimia, virus atau bacteria, hormon, sejarah keluarga yang pernah mengidap kanser, alkohol dan juga diet, kurang aktiviti kecergasan serta berat badan berlebihan jelas beliau.

Sumber Pemakanan Semulajadi Yang Berkhasiat

Kaktus
Dalam penyelidikan kanser, ahli sains mendapati bahawa ekstrak kaktus meningkatkan mekanisme sel imun dengan membantu tindakbalas hipersensitiviti yang mana sebelumnya terdapat penyekatan fungis imun. Kaktus juga dilihat mampu mengurangkan paras kolesterol dan meinigkatkan metabolisme lipoprotein berketumpatan rendah. Ahli sains juga mengetahui bahawa kalsium dan fosforus yang mewakili tiga perempat daripada mineral tubuh, didapati banyak terkandung di dalam kaktus. Jesteru, ia membekalkan mineral yang membina tulang, sendi dan tisu perantara yang kuat.

Buah Kaktus
Buah yang mengambil masa sehingga empat tahun untuk membesar dan ranum tetapi berbaloi krana buah kaktus kaua dengan antioksida dan fitonutrien yang menjadikan tubuh badan sihat, luar dan dalam. Menurut kajian, kaktus dan buahnya memainkan peranan penting dalam menguatkan sistem imun badan. Khasiat dan antioksida yang ditemui pada pelbagai tumbuhan makanan seperti buah kaktus mungkin dapat membantu menghindari kerosakan DNA, membantu penyembuhan luka dan merangsangkan aktiviti fagosit, selain menjadikan tekstur dan rupa kulit bertambah baik.

Beri Ginseng
Beri Ginseng mengandungi sari ginseng yang memelihara biji benih yang bakal menjadi baka tumbuhan itu. Mengambil masa tiga hingga empat tahun untuk membesar sebelum buah beri ranum dan sedia untuk dipetik. Hasil penyelidikan menunjukkan ekstrak beri ginseng yang unik itu membantu melindungi kulit daripada terdedah kepada anasir alam sekitar dan akibat tekanan aktiviti semula jadi tubuh. Juga kaya dengan antioksida sehingga 1.4 kali ganda lebih banyak dariapada vitamin C. Apabila dimakan, antioksida beri ginseng boleh melenyapkan sistem pertahanan antioksida badan dengan ketara.

Biji Anggur
Proantosiandin, lazimnya disebut sebagai OPC ialah flavonoid yang amat berkesan, ditemui terutamanya di dalam kulit tumbuhan dan biji anggur. Pelbagai kajian menunjukkan bahawa aktiviti antioksida OPC adalah jauh lebih banyaj daripada vitamin E, C dan beta-karotena. OPC mempunyai hampir 20 kali ganda  lebih banyak aktiviti antioksida berbanding vitamin C dan dipercayai mempunyai 50 kali ganda lebih banyak antioksida daripada vitamin E. Antioksida dipercayai menghalang dan mengawal pelbagai jenis penyakit daripada artritis hinggalah kepada menjaga sel daripada dimusnahkan oleh molekul oksigen tidak stabil.

Cendawan Agaricus Blazel Murill (ABM)
Dikenali juga sebagai cendawan matahari dan cendawan puteri, jaya dengan dua campuran polisakarida. Polisakarida yang ditemui dalam cendawan ABM memperbaharui dan menyokong system imun badan dengan merangsang pengeluaran limfosit sel T penentang kanser, sel T pembantu, interferon dan interleukin. Ini menyebabkan bilangan sel kanser yang dihasilkan dalam badan berkurang mengikut pertimbangan.

Soya
Makanan yang rendah lemak, tanpa kolesterol, tinggi serat diet dan kaya dengan mineral. Kajian menunjukkan bahawa isoflavon iaitu fitokimia yang terdapat dalam kacang soya mengurangkan paras kolesterol serum dan risiko mendapat penyakit jantung. Isoflavon juga didapati boleh mencegah pertumbuhan sel kanser dan mengurangkan risiko osteoporosis di kalangan wanita. Kajian menunjukkan bahawan genistein menyekat angiogenesis atau pertumbuhan pembuluh darah baru yang menyebabkan pertumbuhan tumor. Ahli sains juga menyefari bahawa genistein menambahkan kemujaraban ubat kanser. Institut Kanser Kebangsaan Amerika Syarikat ketika ini, mengkaji kemungkinan menggunakan genistein sebagai ubat mencegah kanser.

Cendawan Maitake
Mempunyai kandungan polisakarida bermanfaat yang tinggi iaitu beta-glukan dan polisakarida lain termasuk fosfolipid, nucleotides dan asid lemak tak tepu. Ia boleh menambah fungsi system imun dan menghalang pertumbuhan tumor. Pecahan D, bahagian polisakarida yang mengandungi aktiviti antitumor yang kuat boleh diekstrak daripada cendawan maitake. Pecahan D sahaja boleh menghalang pertumbuhan tumor dengan lebih berkesan berbanding dengan MMC diantara 45 peratus kepada 80 peratus. Dengan gabungan cendawan Maitake dan MMC, tumor dapat dihalang lebih daripada 80 peratus. Cendawan ini juga berguna untuk rawatan dan pencegahan kanser, AIDS, tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti dan kolesterol tinggi.


OSTEOPOROSIS CEGAH SEBELUM 

TERLAMBAT

KITA sering bertemu orang tua terutamanya wanita berbadan bongkok. Ada kala bongkoknya bagaikan merukuk sehingga sukar berjalan. Tetapi kebanyakan kita membuat andaian, tua dan bongkok itu sinonim. Ia satu proses biasa yang akan dilalui usia tua. Sebagaimana kulit berkedut seribu, badan menggelebeh, rambut sejemput beruban putih, rongak, tulang juga mesti rapuh dan lemah.
Hakikat sebenarnya orang tua tersebut diserang osteoporosis. Gejala osteoporosis ini bukan ditakuti kerana keadaan tulang yang rapuh dan lemah tetapi kesan tulang mudah patah. Sudah banyak kes orang tua yang menderita osteoporosis pa' tah tulang pinggul, pergelangan tangan dan paling ditakuti patah tulang belakang. Kehadiran osteoporosis hampir tidak diketahui. Diam-diam ia merayap bersama waktu sehingga apabila kita menyedarinya, ia sudah terlambat.
Osteoprosis kini didapati sebagai salah satu masalah kesihatan paling ketara di negara negara maju. Di Amerika dianggarkan 15 hingga 20 juta mengalami penyakit ini. Lebih kurang 1.3 juta patah tulang akibat osteoporosis berlaku pada individu berusia 45 tahun ke atas, 32 peratus wanita dan 17 peratus lelaki menderitai patah tulang pinggul. Dikatakan 250,000 mengalaminya setiap hari. Dikbuatiri j umlah ini akan meningkat. Kebanyakan pesakit patah tulang ini bergantung hidup pada orang lain kerana mereka tidak mampu berjalan. Di dalam kes lebih parah, penderitaan biasanya berakhir dengan kematian. Terlalu sedikit peratus individu patah tulang dapat disembuhkan.
Kos membiayai osteoporosis juga tinggi. Sebanyak 3.5 bilion dolar Amerika diperlukan setiap tahun. Untuk merawat patah tulang pinggul sahaja dianggarkan 7,200 juta dolar. Statistik kos ini dibuat berdasarkan kajian sepuluh tahun dan kini kosnya sudah tentu meningkat. Manakala di United Kingdom pada 1992 kos merawat patah tulang pinggul ini berjumlah 612 juta paun sterling sementara jumlah yang mengalami patah tulang pinggul akibat osteoporosis sebanyak 45,000 setiap tahun berbanding hanya 10,000 orang pada 60- an. Selain patah tulang pinggul, bahagian lain yang mudah patah adalah pergelangan tangan, pangkal tulang paha (femur) dan bahagian belakang (vetebrata).
Meskipun keadaan penderita osteoporosis bagaikan kurang diendahkan di sini, kebelakangan ini kesedaran tersebut semakin meningkat. Banyak seminar dan ceramah mengenai osteoporosis dianjurkan dengan tujuan mendidik masyarakat supaya prihatin dengan masalah berkait usia tua. Meski golongan muda turut mengalaminya kerana beberapa sebab tetapi osteoporosisketara pada usia tua terutama pada wanita selepas menopaus. Osteoporosis perlu diberi perhatian serius kerana patah tulang pinggul ini lebih banyak dideritai wanita daripada barah payu dara, rahim serta pangkalnya. Menurut catatan risalah yang disebarkan pada minggu kesihatan tulang di Australia anjuran syarikat tenusu, 16 peratus daripada mereka yang mengalami patah tulang punggung ini menemui ajal dalam tempoh enam bulan. Sementara lebih 5 0 peratus menderitai patah tulang ini terbaring tenat. Biarpun sudah banyak yang mengetaLui apa itu osteoporosis tetapi masih banyak yang belum mengenali penyakit ini hingga ke akar umbi. Apakah sebenarnya yang disebut osteoporosis? Bagaimana ia terjadi, apakah kita antara orang yang berisiko mendapat osteoporosis? Jawabnya ya dan tidak. Ya jika anda tidak mengendahkan kesihatan tulang. Sebelum kita mengenali lebih jauh apa ituosteoporosis lebih baik jikakitamengetahui apa deGnisinya dan bagaimana tulang terjadi serta apakah fungsi tulang itu kepada tubuh manusia?
Apakah Osteoporosis ?
Keseluruhan badan kita disangga oleh tulang rangka. Terbentuk daripada 206 tulang, ia merupakan salah satu tisu badan paling kompleks. Ia mempunyai dwitugas; sebagai pelindung dan penyokong. Tulang rangka juga menjadi pusat pengeluaran sel darah dan menyimpan 99peratus kalsium tubuh. Meski tulang pada zahirnya keras, ia sebenarnya terdiri daripada tisu - tisu hidup. Tulang terdiri daripada dua jenis. Tulang bahagian luar yang bersifat keras disebut cortical sementara trabecular adalah bahagian dalam yang lembut. Ia dipenuhi kolagen yang mengandungi mineral terutamanya kalsium dan phosphate. Tulang melalui kitaran tersendiri yang disebut proses pembinaan atau pengeluaran semula (remodelling). Dua sel yang memainkan peranan dalam pembentukan dan penyingkiran tulang adalah sel osteoblast dan osteoclast.
Osteoblast membina tulang dan osteoclast menyingkirkannya ke dalam aliran darah. Proses ini berterusan sehingga tulang mencapai puncak jisim tulangnya (peak bone mass). Proses ini juga berlaku berbeza mengikut tahap dan usia. Ketika kanak-kanak proses pembinaan berlaku lebih pantas daripada penyingkiran. Dan sewaktu remaja, peningkatan aras hormon menggalakkan penimbunan tulang baru terutama pada tulang luar (cortical).Walaupun pembinaan tulang baru masih berterusan pada awal dewasa, ia lebih bertumpu pada jenis tulang kedua iaitu trabecular. Hasilnya ketumpatan tulang bertambah.
Menyentuh usia 30 ke atas, jisim tulang mula berkurangan kerana proses pembentukan semula (remodelling) tulang menjadi senget. Ia menyingkir lebih banyak daripada menimbunnya. Proses ini menjadi lebih gawat pada wanita yang meniti alam putus haid terutama selepas tiga hingga tujuh tahun menopaus. Sebahagian besar penyusutan jisim tulang berlaku di dalam tulang trabecular (bahagian dalam). Hasilnya bahagian dalam ini menjadi semakin tipis. Puncak jisim tulang ini dipengarohi banyak faktor. Antaranya pemakanan, jantina, bangsa, senaman serta kesihatan tubuh secara keseluruhan. Puncak pembinaan tulang ini biasanya tercapai pada usia 35 tahun untuk tulang luar (cortical) dan sedikit awal bagi trabecular. Bone mass ini juga biasanya 30 peratus lebih tinggi pada lelaki berbanding wanita dan lebih kurang 10 peratus lebih pada individu berkulit gelap seperti bangsa India, Negro berbanding kulit putih (oriental, bangsa Eropah).
Menurut Pakar Perubatan Sukan dari labatan Perubatan Sukan dan Pemulihan Universiti Malaya Dr K leyalingam secara umumnya perkataan osteoporosis membawa maksud tulane vane poros. Keadaannya tidak padat, berlubang-lubang halus, berongga-rongga serta berlaku pengurangan ketumpatan tulang akibat penurunan kandungan kalsium. Tulang begini tidak kuat, rapuh dan mudah patah. Apabila keadaan ini berlaku, struktur tulang belakang akan berubah kerana ia tidak lagi mampu menampung bebanan berat.
Mengelakkan osteoporosis
Kehadiran osteoporosis tidak disedari. Ia merayap perlahan-lahan di dalam tubuh manusia menyongsong waktu. Kedatangannya hanya disedari setelah kita mula menderitai beberapa gejala seperti sakit belakang. Otot-otot berasa lemah dan diikuti rasa tidak selesa serta tidak bermaya. Kemudian apabila jatuh, anda mudah patah pergelangan tangan, tulang belakang, tulang paha ataupun punggung. Sebagaimana yang disebutkan tadi, penyakit tulang rapuh ini berkait rapat dengan cara hidup kita seharian. Tetapi faktor semula jadi seperti keturunan, hormon, terlalu kurus, jantina serta etnik bangsa turut menyumbang sebab. Sekiranya anda wanita, risiko untuk mendapat osteoporosis janh lebih tinggi daripada lelaki kerana ketiadaan hormon estrogen selepas putus haid. Mereka yang berbadan kurus juga berisikolebih tinggi daripada yang gempal. Gaya hidup tidak sihat seperti mengambil makanan tidak seimbang terutamanya kurang kalsium, merokok, minuman alkohol serta tidak bersenam akan merapatkan anda dengan osteoporosis pada usia tua kelak. Pengambilan kalsium mencukupi serta bersenam adalah pencegahan paling berkesan mengatasi osteoporosis. Otototot yang tidak diaktifkan akan lemah dan pengurangan jisim tulang akan berlaku. Kalsium dengan bantuan vitamin D untuk menyerapnya boleh didapati dengan mengambil makanan yang kaya sumber protein terutamanya susu. Disebabkan peringkat kanak-kanak dan remaja, proses pembinaan tulang sedang giat berjalan, mereka perlu mengambil sebanyak mungkin kalsium dalam pemakanan. Ini disebabkan apabila umur meningkat, proses pembinaan tulang berkurangan dan kemudian berhenti. Banyak yang keliru mengatakan tidak perlu meminum susu atau mengambil kalsium lagi setelah usia mencecah 35 ke atas kerana kalsium ini tidak lagi ditimbunkan menjadi tulang. Memang benar tetapi jika pengambilan kalsium diberhentikan, tubuh akan 'mencuri' simpanan kalsium yang anda 'tabung' sewaktu kanak-kanak dan remaja dahulu. Jadi bayangkan apabila simpanan kehabisan.
Kalsium dan kepentingannya
Kalsium berperanan penting dalam pembentukan tulang. Dalam proses pembinaannya, tulang akan melalui proses pemineralan (mineralisation). Kalsium adalah galian utama terbabit. Kandungan galian inilah yang menentukan kekerasan serta kekuatan tulang. Bagaimanapun kalsium sahaja tidak
mampu menghalang osteoporosis. Untuk mengekalkan jisim serta ketumpatan, senaman yang menggunakan tenaga seperti joging, aerobik, berenang, berjalan laju, senaman lantai (weight bearing) banyak membantu. Melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga atau empat kali seminggu dapat membantu menambahkan jisim tulang.
Fenomena yang berlaku dalam masyarakat kita adalah mereka mungkin mengambil sebanyak mungkin kalsium dalam menu seharian tetapi sumber makanan yang kaya dengan kalsium biasanya kaya lemak dan kolesterol. Bimbang akan risiko osteoporosis anda mungkin mengundang penyakit lain seperti darah tinggi, kencing manis dan serangan jantung. Justeru, mengamalkan senaman merupakan langkah tepat menghindari penyakit. Selain itu sumber kalsium seperti bahan tenusu terutama susu kini didapati rendah lemak atau tiada lemak. Tetapi apa yang ditegaskan Dr Jeyalingam kebanyakan orang kita malas bersenam. Berbeza pada zaman kanak-kanak yang semula jadinya gemar bermain kemudian masih aktif ketika di kolej. Ini termasuklah kegemaran bersukan atau mungkin menari. Tetapi malangnya setelah bekerja, tabiat baik ini lenyap. Antara sebabnya mungkin setelah bekerja kita mendapat gaji. Kalau selama ini keinginan untuk makan-makan agak terbatas, inilah masanya. Kemudian apabila umur meningkat, keadaan ekonomi semakin stabil kita berpeluang makan di tempat-tempat mahal serta eksklusif. Di sana juga tempat kita bertemu teman, berbincang, bersantai malah berurus niaga. Lama-kelamaan, acara makan-makan tanpa waktu sudah membudaya dalam diri. Badan mula berisi dan malas pun melanda. Akhirnya acara bersenam tidak akan tersenarai lagi dalam jadual harian.
Kalsium dan kepentingannya
Kalsium diperlukan untuk mengekalkan tulang serta mengekalkan jumlah yang kecil tetapi tetap di dalam darah. Kalsium akan hilang melalui buah pinggang, kulit (berpeluh) serta najis. Tulang ini menjadi 'bank' kepada kalsium. Jika kita tidak menyimpan cukup kalsium, kita akan mengeluarkan kalsium simpanan sehingga akhirnya ia memudaratkan diri. Keperluan kalsium bergantung kepada individu. Kanak-kanak, remaja, ibu mengandung dan menyusui memerlukan lebih kalsium. Sebaiknya ambillah kalsium daripada sumber makanan yang kaya dengan galian tersebut. Susu dan bahan tenusu adalah sumber terbaik kalsium. (Lihat carta makanan kaya sumber kalsium dan berapa banyak kalsium diperlukan mengikut umur).
Selain kalsium, badan memerlukan vitamin D untuk membantu menyerap kalsium. Sumber vitamin D semulajadi adalah cahaya matahari. Justeru masyarakat Barat mengganggap orang Asia terutama negara yang disimbah cahaya matahari sepanjang tahun jarang mengalami osteoporosis atau osteomalacia (sejenis penyakit tulang yang bukan disebabkan usia tua tetapi terjadi kerana penyusutan kandungan mineral sahaja. Sebaliknya di dalam osteoporosis kandungan galian masih ada tetapi jisim dan ketumpatannya berkurangan). Tetapi melihat pada cara hidup kita ada yang tidak berpeluang menjenguk matahari kerana seharian berkurung di pejabat hawa dingin. Pulang kerja setelah matahari berlabuh, besar kemungkinan kebaikan vitamin D daripada sumber percuma ini tidak dapat diperolehi.
Bersenam menjauhkan osteoporosis
Setelah anda mengambil kalsium secukupnya untuk keperluan tubuh, tidak merokok, tidak mengambil minuman merokok tubuh perlukan senaman. Senaman bukan sahaja menyihatkan kesihatan secara menyeluruh tetapi ia dapat menguat serta menambahkan jisim tulang.Semua jenis senaman sesuai untuk kekuatan tulang terutamanya senaman weight bearing seperti berenang, berjoging, areobik, senaman lantai dan berjalan pantas). Selain itu senaman yang dapat meregangkan otot dengan membuat pergerakan khusus pada bahagian leher, kaki, bahu, tulang belakang, lengan, kaki dan anggota tubuh lain juga dapat menguatkan tulang anda.
Sekiranya anda tidak pernah bersenam, mulakanhari ini dengan perlahan-lahan. Sebagai permulaan anda boleh bersenam 30 hingga 60 minit sebanyak tiga atau empat kali seminggu. Bersenam juga perlu mengikut keupayaan diri. Kemudian perlahan-lahan tambahkan darjah mengikut ketahanan tubuh. Jangan memaksa jika anda berasa sakit dan tidak selesa. Pakaian senaman terutamanya kasut sesuai mesti diambil kira. Penting bagi anda memanaskan dulu badan (wann up) sebelum bersenam dan kemudian redakan (cool down) setelah selesai. Sebaiknya latih anak-anak pada gaya hidup sihat. Bersenamlah dengan mereka supaya kegiatan ini akan membudaya dalam diri mereka. Apalagi ketika kecil dan remaja tulang sedang giat bekerja untuk bekalan hari tua.
Rawatan osteoporosis
Seperti yang sering diingatkan, pencegahan jauh lebih baik daripada rawatan. Lebih-lebih lagi dalam kes merawat osteoporosis. Osteoporosis tidak ada lampu kuning yang memberitabu kita supaya bersedia atau berjaga-jaga. Apabila usia anda 50 ke atas dan anda mula berasa sakit-sakit bahagian belakang, eloklah berjumpa doktor. Doktor boleh membuat analasis mengukur ketumpatan tulang kita. Biasanya apabila mencapai usia 60, bahagian belakang tubuh kelihatan sedikit membongkok dan ia berterusan jika tidak dirawat. Tulang belakang bagaikan termasuk ke dalam dan ketinggian tubuh menyusut sehingga anggaran 7 cm. Bagi wanita, perubahan ini amat ketara setelah menopaus. Pun begitu, selagi anda tidak mendapat kecederaan teruk kerana patah tulang pinggul, tulang belakang atau tulang paha anda masih boleh merawat tulang poros ini dengan mengambil kalsium mengikut keperluan tubuh. Seimbangkan pula dengan senaman dan bagi wanita menopaus hormon penggantian estrogen dapat membantu. Seandainya anda tidak mampu memperoleh kalsium daripada diet harian, pil tambahan kalsium dapat membantu. Beberapa pil lagi seperti calcitriol (vitamin D) dan hormon parathyroid di katakan dapat membantu osteoporosis.
Bagi penderita osteoporosis atau sekiranya anda mempunyai ibu yang menderitai tulang rapuh ini elakkan kemalangan yang sering berlaku di rumah. Masalah osteoporosis menjadi gawat sekiranya anda jatuh dan mengalami kepatahan tulang. Oleh itu beberapa perkara perlu diambil kira seperti penataan biasanya kabur. Lampu kurang terang atau samar-samar tidak sesuai untuk mereka. Selain itu lantai jangan licin, atau bersepah dengan permainan kecil. Lantai bilik air juga mesti sentiasa kering. Jika rumah anda bertingkat, pastikan juga tangga tidak licin, curam serta bebas daripada permainan yang boleh mengganggu perjalanan.
Elakkan mengambil terlalu banyak mengambil kopi, teh, coklat, kerana ia membantu kehilangan kalsium. Selain itu kurangkan garam, terlalu banyak protein kerana protein berlebihan mengurangkan keupayaan penyerapan kalsium. Alkohol pula boleh memusnahkan sel yang membentuk tulang. Merokok mengurangkan oestrogen, menguruskan tubuh serta membuat tubuh kurang aktif.

Carta keperluan kalsium mengikut umur:



Kanak-kanak lelakiKalsium(mg)
8-11 tahun800
12-15 tahun 1,200
16-18 tahun1 ,000
                   


Kanak-kanak PerempuanKalsium(mg)
8-11 tahun900
12-15 tahun 1,000
16-18 tahun800
                   


Lelaki DewasaKalsium(mg)
19- 64 tahun800
64 keatas800
                   


Wanita DewasaKalsium(mg)
19- 54 tahun800
54 keatas1000
Wanita mengandung1100
Wanita menyusui anak1200

Makanan kaya sumber kalsium:
  • Makanan daripada sumber tenusu terutama susu, keju, dadih
  • Ikan sardin tin
  • Makanan laut seperti tiram
  • Sayuran seperti brokoli, kubis, tauge
    • Buah-buahan seperti oren Kekacang, Tauhu



  • PENYAKIT-PENYAKIT YANG SERING DIHIDAPI LELAKI


    LAPORAN tahunan dari Hospital Universiti di Petaling Jaya mengenal pasti bahawa penyakit jantung mendahului senarai bilangan kematian setiap tahun berbanding penyakit-penyakit lain. Bilangan pesakit jantung semakin meningkat 5% dari tahun 1991 sehingga 1992. Selain dari penyakit jantung, terdapat enam penyakit lain yang sering mengancam lelaki dan menyebabkan kematian. Antaranya adalah barah, bush pinggang, tyroid dan kencing manis.
    Sesetengah penyakit serius ini boleh dirawat dan disembuhkan jika mendapat rawatan awal. Lelaki disarankan membuat pemeriksaan doktor sekurang-kurangnya dua kali setahun memandangkan terdapat penyakit yang tidak dapat dikesan,tanpa pemeriksaan doktor. Pengamalan hidup yang sihat membantu lelaki dari penyakit- penyakit bahaya. Jika anda mengalami tanda-tanda di bawah, segeralah mendapatkan pemeriksaan doktor untok kepastian.

    PENYAKIT JANTUNG
    Awas! Penyakit ini juga menjadi pembunuh nombor satu lelaki selain daripada kemalangan di jalan raya. Nisbah lelaki mengidap penyakit jantung berbanding perempuan ialah 5:1. Penyakit jantung lebih menyerang lelaki kerana tubuh wanita mengandungi sejenis hormon perlindungan yang disebut oestrogen. Hormon ini berFungsi mengekalkan saiz salur darah dalam keadaan normal. Walaupun demikian, wanita yang merokok dan mengalami sakit kencing manis juga berpotensi mendapat sakit kencing manis juga berpotensi mendapat sakit jantung seperti lelaki. Namun bagi perempuan yang tidak merokok dan tidak mengalami sebarang masalah kencing manis, peluang mendapat penyakit ini tipis berbanding lelaki.

    PUNCA PENYAKIT

    • Kencing manis dan darah tinggi
    Kebanyakan pesakit yang mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi berpotensi mendapat penyakit jantung. Pengidap penyakit kencing manis sering mengalami kekurangan kandungan insulin di dalam badan. Akibatnya lemak di dalam badan sukar dihancurkan sewaktu metabolisma. Salur darah menjadi sempit dan mengurangkan bekalan darah ke jantung.
    Tekanan darah tinggi pula menyebabkan jantung bekeria lebih teruk dan menjadikannya lebih besar. Akibatnya, bekalan oksigen ke jantung tidak mencukupi apabila saiz jantung membesar dan menyebabkan otot-otot jantung tidak dapat berfungsi dengan baik.

    • Keturunan
    Faktor keturunan juga menjadi punca penyakit ini. Jika ibu atau ayah mengidap penyakit jantung, anak-anak juga berisiko mengidap penyakit yang sama.

    • Diet
    Tabiat pemakanan amat mempengaruhi kesihatan jantung. Pengambilan lemak yang berlebihan menjadi punca utama menyebabkan saluran darah sempit dan menyukarkan bekalan darah ke jantung.

    • Alkohol
    Alkohol juga menjadi musuh kepada kesihatan jantung. Alkohol menyebabkan pertukaran lemak di dalam badan. Alkohol boleh memusnah lemak HDL (Hudensity Lipoprotein) di dalam badan. Lemak HDL adalah dari sayur-sayuran yang penting dan baik untuk kesihatan badan. Alkohol menyebakan lemak HDL bertukar menjadi LDL (Lowdensity Lipoprotein). Lemak LDL dikenali juga lemak kurang baik dan ia tidak diperlukan sangat.

    • Merokok
    Amalan merokok menyebabkan paru-paru yang bertugas membekalkan oksigen tidak dapat bertugas dengan baik dan boleh menjejaskan bekalan oksigen dalam badan. Apabila bekalan oksigen berkurangan, secara langsung ia menjejaskan kesihatan jantung.

    • Tidak aktif
    Senaman dan aktiviti luaran yang sihat perlu untuk jantung anda. Aktiviti senaman menyebabkan jantung bertugas dengan lebih aktif dan membakar lemak-lemak yang tidak diperlukan di dalam badan. Oleh yang demikian senaman seperti jogging, berenang dan lain-lainnya juga perlu untuk mengelakkan penyakit ini.

    Tanda-tanda penyakit:

    1. Selalu mengalami rasa kesakitan di bahagian dada
    2. Sering berpeluh dengan banyak. Mereka berpeluh dengan cara yang tidak normal
    3. Mereka juga sering merasa pening dan muntah-muntah
    Cara mencegahnya:
    1. Lakukan senaman dengan teratur
    2.Sekiranya ada darah tinggi atau kencing manis, dapatkan rawatan segera.
    3. Bagi peminum dan perokok, hentikan tabiat buruk ini secepat mungkin
    4. Jangan lali mengadakan pemeriksaan doktor setiap tahun.
    5. Bagi mereka yang mengalami masalah berat badan, usahakanlah untuk mengurangkan berat badan.
    Sekiranya mahu mengurangkan berat badan, lakukan dengan wajar. Lakukan senaman dan kurangkan pengambilan makanan terutama makanan berlemak. Jangan sesekali menggunakan pil atau sebarang ubat untuk mengurangkan berat badan. Ini kerana sebarang pil kurus ada kesan sampingan yang kurang baik untuk tubuh badan anda.

    BARAH
    Nisbah penyakit barah yang dihidapi oleh lelaki termasuklah barah paru-paru, barah darah (leukemia) dan barah tekak.

    PUNCA PENYAKIT
    Punca utama barah paru-paru ialah merokok dan pendedahan kepada debu yang mengandungi silika dan karbon dioksida termasuklah asap-asap kenderaan dan asap kilang.
    Manakala punca bagi penyakit barah darah masih tidak diketahui punca-puncanya. Penyakit barah tekak pula cuma menyerang di kalangan bangsa Cina. Ia disebabkan oleh keturunan dan virus.
    Tanda-tanda penyakit Barah Paru-paru
    • Batuk yang tidak putus-putus
    • Batuk yang disertai darah
    • Berat badan yang menurun dan badan yang menjadi kurus
    Hentikan tabiat merokok. Ikutilah etika kehidupan yang sihat. Gunakan pelindung untuk menghindari dan mengelakkan diri dari tersedut udara yang mengandungi silika dan karbon dioksida.
    Pengidap penyakit ini masih boleh dirawat lebih awal. Apabila usia sudah mencecah 40 tahun, ada baiknya sering berjumpa doktor. Jika berlaku sebarang pendarahan, segeralah berjumpa doktor.

    Rawatannya
    Rawatan awal dibuat melalui pemeriksaan X-ray. Sekiranya penyakit ini lewat di rawat, peluang untuk sembuh adalah tipis.

    Tanda-tanda penyakit Barah Darah:
    • Demam yang berulang-ulang
    • Seringkali berlaku pendarahan
    • Darah keluar dari liang-liang bulu roma, hidung dan telinga.
    • Kulit mudah menjadi lebam dan senang membengkak

    Tanda-tanda penyakit Barah Tekok:
    • Hidung sering berdarah
    • Keupayaan pendengaran berkurangan
    • Leher menjadi bengkak.
    Penyakit ini tidak dapat dirawat sehingga sembuh. la hanya boleh dikawal sahaja.

    Rawatannya
    Ada beberapa jenis leukimia boleh disembuhkan ngan ubat dan rawatan doktor. Ada juga jenis leukin yang tidak dapat disembuhkan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

U Follow I, I Follow U Balik..