Laman Sosialku..

Kalau rasa2 nak add saya tu..
sila la jangan segan ye..

kalau lambat approve tu maklum le..
BZ..
hahaks..
SELAMAT MENCUBA..
bubai..

Khamis, 20 September 2012

Dialog Cinta Zaman Sains & Teknologi..



Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu
ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku.
Masihkah kau tidak membuat sebarang
anggapan??

Mu : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau
ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas
penggantian ke atas diriku. 


Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan
garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih
lagi unsur dan bukannya
sebatian. 


Mu : Tapi, aku berasa seperti kasihmu
berkadar songsang dengan kesetiaan yg
kuberikan. 


Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!!


Mu : Aku masih belum mengerti lagi kerana
penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum
sahih. 


Aku :  Tapi, aku mengamalkan hukum newton
ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan
dengan cinta yg kau berikan. 


Mu : Kau jangan bohong! Aku telah
mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg
mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara
rawak. 


Aku : adalah fitnah yg telah tersebar melaui
proses pencaran dan perolakan.

Mu : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh
perkahwinan kita mengalami rintangan? 


Aku : Aku harus menggunakan perintang boleh
laras untuk mengurangkan rintangan itu. 


Mu : Adakah kita akan berpadu secara kimia? 


Aku : Itu masih belum diketahui, tetapi
hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan
mikroskop cahaya. 


Mu : Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg
lebih aktif dan bertindak balas dengannya. 


Aku : Nampaknya, kita sedang bercinta tiga
segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum
penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.

Mu: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam
magnitud dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak
percaye??


Aku : Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu
semua itu dalam bentuk lazim. 


Mu : Itu semua boleh diabaikan, yang aku
mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus
mengalami pecutan yg seragam. 


Aku : Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5
dari iman. 


Mu : Tapi, imanku adalah infiniti!!


Aku : Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana
kau blum mendarabkannya dengan 6x10'23.


Mu : Kau membuat kemarahanku meruap-ruap.
Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau
jugakk yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis. 


Aku : Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi,
aku telah mengalami plasmolisis. 


Mu : Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku
sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau
grafiti. Pergi kau dari sini. Biarkan aku
sendirian..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

U Follow I, I Follow U Balik..