Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu
ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku.
Masihkah kau tidak membuat sebarang
anggapan??
Mu : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau
ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas
penggantian ke atas diriku.
Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan
garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih
lagi unsur dan bukannya
sebatian.
Mu : Tapi, aku berasa seperti kasihmu
berkadar songsang dengan kesetiaan yg
kuberikan.
Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!!
Mu : Aku masih belum mengerti lagi kerana
penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum
sahih.
Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton
ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan
dengan cinta yg kau berikan.
Mu : Kau jangan bohong! Aku telah
mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg
mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara
rawak.
Aku : adalah fitnah yg telah tersebar melaui
proses pencaran dan perolakan.
Mu : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh
perkahwinan kita mengalami rintangan?
Aku : Aku harus menggunakan perintang boleh
laras untuk mengurangkan rintangan itu.
Mu : Adakah kita akan berpadu secara kimia?
Aku : Itu masih belum diketahui, tetapi
hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan
mikroskop cahaya.
Mu : Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg
lebih aktif dan bertindak balas dengannya.
Aku : Nampaknya, kita sedang bercinta tiga
segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum
penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.
Mu: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam
magnitud dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak
percaye??
Aku : Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu
semua itu dalam bentuk lazim.
Mu : Itu semua boleh diabaikan, yang aku
mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus
mengalami pecutan yg seragam.
Aku : Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5
dari iman.
Mu : Tapi, imanku adalah infiniti!!
Aku : Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana
kau blum mendarabkannya dengan 6x10'23.
Mu : Kau membuat kemarahanku meruap-ruap.
Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau
jugakk yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.
Aku : Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi,
aku telah mengalami plasmolisis.
Mu : Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku
sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau
grafiti. Pergi kau dari sini. Biarkan aku
sendirian..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan