Laman Sosialku..

Kalau rasa2 nak add saya tu..
sila la jangan segan ye..

kalau lambat approve tu maklum le..
BZ..
hahaks..
SELAMAT MENCUBA..
bubai..

PETUA


Petua Untuk Memilih Pasangan


Kebanyakan daripada rumah tangga runtuh yang bermasalah sejak hari pertama tidak lain tidak bukan adalah kerana kedua-dua orang yang terlibat tersalah pilih pasangan. Pilihan pasangan hidup anda adalah lebih penting dari apa jua yang anda lakukan untuk membahagiakan rumah tangga anda. Bunyinya seperti mudah sahaja dilakukan, tetapi anda akan terkejut dengan peratusan orang yang tidak sabar  melangsungkan perkahwinan sehingga mereka tidak menumpukan masa dan usaha yang diperlukan untuk membuat keputusan yang baik. Jika anda ingin memastikan perkahwinan yang memuaskan dan berkekalan, hayatilah pesanan-pesanan berikut:
TEMPOH MASA PERKENALAN – Kajian menunjukkan bahawa pasangan yang telah berkenalan selama 2 tahun atau lebih, lebih berpuas hati dengan perkahwinan berbanding pasangan yang berkenalan dalam jangka masa yang lebih pendek. Apabila pasangan bersedia mengambil keputusan yang melibatkan perkahwinan selepas hanya berkenalan selama beberapa bulan, keputusan itu kebanyakannya lebih berdasarkan khayalan dan kurang berdasarkan hakikat .
MEMILIH PASANGAN SENDIRI – Orang sering memilih pasanagn semata-mata untuk menggembirakan orang lain – ayah, ibu atau kerana orang menyuruh mereka berkahwin. Tetapi amat penting agar orang yang hendak kahwin itu sendiri gembira denagn pilihannya. Keputusan anda hendaklah dibuat berasaskan keperluan dan impian anda sendiri. Anda juga patut mendengar pendapat sahabat handai dan kaum keluarga dengan teliti, tetapi jangan sampai biarkan orang lain memilih pasangan hidup anda.
HARAPAN YANG TIDAK WAJAR TENTANG PERKAHWINAN – Kebanyakan rumah tangga gagal kerana tidak mendapat apa yang mereka impikan sebelum berkahwin. Ramai lelaki dan wanita memasuki alam perkahwinan dengan sangkaan bahawa pasangan mereka akan memenuhi semua keperluan mereka dan  perasaan romantik mereka semasa bercinta akan kekal abadi. Sebenarnya rumah tangga yang bahagia memerlukan begitu banyak usaha, kesabaran dan ketabahan.
MASALAH KEPERIBADIAN DAN TINGKAH LAKU – Keperibadian dan tingkah laku tidak akan hilang apabila anda berkahwin. Jika terdapat ciri-ciri keperibadian dan tingkah laku pasangan anda yang menimbulkan persoalan, seperti cemburu, panas baran, tidak bertanggungjawab, tidak jujur dan degil, tanya diri sendiri samaada anda sanggup untuk menghabiskan masa anda sehingga ke akhir hayat untuk menangani masalah ini. Nyata sekali, jika pasangan yang dalam pertimbangan itu menghadapi masalah dadah, kaki botol dan sebagainya, anda sepatutnya memastikan masalah itu telah diselesaikan jauh lebih awal sebelum perkahwinan anda.
BANYAK PENGALAMAN HIDUP – Pemilihan pasangan hidup melibatkan ramalan tentang bagaimana anda berdua akan hidup bersama, sepanjang tahun-tahun akan datang. Pengalaman di sini bukan bermaksud usia .Pengalaman yang dilalui tidak bergantung dengan usia seseorang. Pengalaman lelaki dan wanita mengharungi susah dan senang bersama, amat bermakna dalam perhubungan. Jika boleh, harungilah waktu-waktu susah dan senang bersama pasangan anda. Misalnya melalui lalu lintas yang sesak, jalan-jalan kampung yang becak . Dari situ  dia akan menunjukkan siapa dirinya yang sebenarnya.
BAYANGKAN ORANG YANG INGIN ANDA KAHWINI – Bayangan ini tidak anda sedari pada umumnya, namun ia amat mempengaruhi anda. Bayangkan dengan jelas sifat-sifat orang yang ingin anda kahwini. Fikirlah dengan panjang dan mendalam tentang beberapa faktor – penampilan, kepintaran, pendidikan, kerohanian dan sebagainya. Pemikiran bawah sedar (sub-concious mind) anda boleh menghantui sesuatu hubungan. Berpeganglah pada bayangan anda ini.
PASANGAN YANG BERSIFAT SEAKAN-AKAN DIRI ANDA – Pasangan yang mempunyai terlalu banyak perbezaan sifatnya, akan memerlukan usaha yang lebih untuk memastikan rumahtangga yang dibina kekal bahagia. Lebih banyak memerlukan toleransi dan pemahaman. Tidak ramai pasangan mampu bertindak sebegini.
MEMPUNYAI CITA-CITA YANG SEIRING – Jika orang yang anda kahwini bercita-cita jauh lebih rendah atau lebih tinggi daripada anda, mungkin anda berdua akan kecewa. Masalah akan timbul jika anda berusaha mendaki puncak kejayaan, tetapi pasangan anda telah berpuas hati dengan apa yang telah anda berdua miliki. Perbezaan sifat mungkin menarik hati ketika sedang melamar, tetapi ia akan menyebabkan banyak kekecewaan sepanjang perkahwinan.
KEBOLEHAN BERKOMUNIKASI – Kebolehan berkomunikasi amat penting demi kebahagian rumah tangga. Kesejahteraan perkahwinan bergantung kepada tahap komunikasi suami isteri. Adalah penting kedua- dua pasangan menguasai kemahiran bertutur dan mendengar. Banyak rumah tangga hancur kerana masing-masing tidak pandai menyatakan hasrat masing-masing dengan cara yang boleh diterima oleh pasangannya. Hasrat dipendam tanpa komunikasi berkesan.
KEBOLEHAN MENYELESAIKAN PERTELINGKAHAN – Setiap pasangan perlu tahu yang mereka berkemampuan untuk menyelesaikan pertelingkahan sebelum mereka berkahwin. Jika pasangan tidak tahu cara yang berkesan untuk menangani perselisihan pendapat antara mereka, rumah tangga mungkin akan runtuh. Banyak rumah tangga runtuh kerana suami-isteri tidak tahu menangani perbezaan diri mereka berbanding sebab-sebab lain. Amat perlu menilai kemahiran perdamaian masing masing sebelum berkahwin.

Ilmu Firasat Melayu: Cara Anda Tidur



1. Tidur telentang dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan di belakang kepala – Anda adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kadangkala anda sering memberikan idea yang bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh individu lain. Keluarga adalah agenda utama dalam hidup anda dan anda menjaga keluarga sebaik mungkin. Tetapi anda sukar untuk bercinta mungkin disebabkan dirimu yang agak memilih.
2. Selubung seluruh badan dengan selimut – Anda sering berpenampilan macho di hadapan orang ramai, namun hakikatnya jauh di dalam diri anda itu, anda adalah individu yang pemalu dan lemah. Anda terlalu menyimpan rasa dan sekiranya anda berhadapan dengan sesuatu masalah, anda lebih gemar memendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Tidak hairanlah mengapa anda sering meracau sewaktu dalam tidur.
3. Tidur dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepada dan kaki bersilang – Sesiapa yang tidur dengan gaya kaki bersilang dianggap terlalu mementingkan perasaannya sendiri dan sukar untuk menerima perubahan dalam diri. Anda lebih gemar bersendiri . Walau bagaimanapun sikap toleransi yang ada dalam diri anda memang dipuji.
4. Tidur Merengkuk – Anda berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering menghantui diri anda. Anda sering teragak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta kepada pasangan anda. Anda beranggapan cinta telah lama hilang dalam hidup anda.
5. Tidur Mengiring dan Merengkuk – Pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam adalah antara perkataan yang mampu menjelaskan personaliti anda. Individu yang berada di sekeliling anda harus sentiasa berhati-hati supaya tidak menyakiti diri anda kerana anda dengan mudah akan meradang terhadap individu berkenaan.
6. Tidur mengiring dengan salah satu kaki dibengkukkan - Anda adalah individu yang cerewet dan selalu mengkritik dan merungut. Anda juga mudah bosan dan kadangkala terlebih ghairah untuk sesuatu perkara yang kecil atau kurang penting. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang sukar, sebaliknya anda harus belajar untuk lebih bertenang.
7. Tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala – Berbeza dari individu yang tidur dengan gaya tidur mengiring dan meringkuk, anda adalah individu yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna 100% di dunia ini. Justeru, anda perlu membina keyakinan diri yang lebih utuh di dalam diri dan sentiasa belajar menerima kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri anda. Sekiranya anda mempraktikkan semua ini, kegembiraan akan menjadi milik anda yang abadi.
8. Tidur merengkuk di satu arah – Gaya tidur sebegini melambangkan anda adalah individu yang yakin pada diri sendiri. Anda akan mellihat kejayaan dalam setiap perkara yang anda lakukan. Anda akan berusaha untuk merealisasikannya sebaik mungkin. Individu yang tidur mengiring pada arah kanannya dengan meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah.
9. Tidur telentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa – Gaya tidur sebegini memperlihatkan identiti diri anda yang sebenar. Anda cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. Selain itu, anda juga  tergolong dalam kategori pemboros . Namun anda beruntung kerana pendapatan yang anda miliki tidak kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam diri anda.
10. Tidur meniarap – Sekiranya anda tidur dengan gaya meniarap sepanjang malam, anda adalah individu yang berfikiran agak sempit. Fikiran anda terlalu tertumpu dan sering memaksa individu lain untuk memenuhi impian diri anda sendiri. Anda juga adalah individu yang lalai dan tidak teratur.







Firasat Melayu Lama: Rahsia Tahi Lalat


1. Di kepala sebelah kanan – terkabul cita-citanya
2. Di kepala sebelah kiri – sering menemui kesusahan
3. Ubun-ubun – kurang jujur
4. Pusar – cerdas,tangkas dan tekun
5. Di Kening kanan – cergas dan cekap
6. Di kening kiri – cergas dan sopan santun
7. Sudut mata kanan luar – baik budi, ramai yang cinta
8. Sudut mata kanan dalam – disayangi suami atau isteri
9. Biji mata kanan – suka serong dan pembohong
10. Biji mata kiri – pembohong tapi baik hati
11. Di alis kanan – baik hati, suka menolong
12. Di alis kiri – ramai yang suka
13. Di pipi kanan – ramai teman
14. Di tengah-tengah pipi kanan – ramai yang suka
15. Di tengah-tengah pipi kiri – ramai kawan
16. Pada hidung – banyak rezeki
17. Pada batang hidung – banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
18. Bibir atas kanan – banyak rezeki dan pandai
19. Bibir atas kiri – ramai kawan, baik hati
20. Bibir bawah kanan – disegani orang, ramai yang suka
21. Bibir bawah kiri – pandai bicara, tak mudah kalah
22. Hujung mulut kanan – kecil rezeki, tak mudah kalah
23. Hujung mulut kiri – suka berpoya-poya
24. Dagu bawah kanan – jujur dan baik hati
25. Dagu bawah kiri – bijaksana, berbudi luhur
26. Leher kanan – cerdas, jujur, berani menderita
27. Leher kiri – cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
28. Leher ditengah – tercapai apa yang dicita
29. Di bahu kanan – cermat dlm mengambil keputusan dan banyak tanggungan
30. Di bahu kiri – suka kerja keras, banyak tangungjawab
31. Di dada kanan – dapat mengatasi masalah
32. Di dada kiri – berani, jujur dan sabar
33. Buah dada kanan – baik hati, pendiam dan simpan rahsia
34. Buah dada kiri – ramai kawan, setia pada suami atau isteri
35. Di punggung kanan – pendiam, simpan rahsia
36. Di punggung kiri – lambat, kurang agresif
37. Di perut bawah kanan – banyak rezeki, suka memberi maaf
38. Di perut bawah kiri – baik hati, tenang hidupnya
39. Pinggang kanan – sayang pada isteri atau suami
40. Pinggang kiri – disayangi oleh isteri atau suami
41. Di jari telapak tangan kanan – banyak rezeki tapi boros
42. Di jari telapak tangan kiri – banyak rezeki, menyimpan
43. Lengan kanan – setia dan taat pada atasan
44. Lengan kiri – menepati janji dan suka kerja
45. Siku tangan kanan – kuat hendak memiliki kekayaan
46. Siku tangan kiri – baik hati, suka menolong
47. Ketiak kanan – menyimpan rahsia
48. Ketiak kiri – jujur, banyak yang cinta
49. Pergelangan tangan kanan – boros, suka bersukaria
50. Pergelangan tangan kiri – dapat berpangkat
51. Pangkal peha kanan – kemahuan kuat
52. Pangkal peha kiri – suka kerja apa saja
53. Kemaluan kanan atau kiri – baik, suka senggama (bersetubuh)
54. Di kepala kemaluan – bakal beristeri dua
55. Betis kanan – suka berpoya, boros
56. Betis kiri – tidak suka menganggur
57. Tumit kanan – jujur, banyak kawan
58. Tumit kiri – baik budi
59. Di telapak kaki kanan – tidak mudah mengeluh
60. Di telapak kaki kiri – baik budi pekertinya
61. Lutut kanan – bersifat tidak peduli, tidak mahu berusaha
62. Lutut kiri – kurang berusaha






Firasat Melayu Lama: Tanda Alam dan 

Orang Melayu





Terdapat banyak kepercayaan orang Melayu yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran negatif atau positif.
KUPU-KUPU
Seseorang yang sedang sakit tenat, tiba-tiba didekati atau dihinggapi kupu-kupu, dipercayai nyawanya akan berakhir tidak lama lagi. Jikalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.
ANJING MENYALAK
Jika anjing menyalak lama di tengah malam, orangt Melayu percaya adanya makhluk halus yang berkeliaran.
BURUNG HANTU
Jika kedengaran bunyi burung hantu atau gagak hitam di tengah malam, itu petanda musibah.
LANGIT CERAH DI WAKTU MALAM
Sekiranya langit cerah dan berwarna merah di waktu malam, itu menandakan seorang raja atau pemimpin besar sedang nazak atau sudah menemui ajalnya.
KATAK
Biasanya kita difahamkan, kalau katak berbunyi, itu petanda hari nak hujan. Namun ada juga yang mempercayai kalau katak berbunyi bersahut-sahutan, bermaksud akan berlaku ribut puting beliung.
KELKATU
Jika banyak kelkatu naik menghurungi cahaya lampu, itu menandakan akan berlaku banjir.
KUCING
Kucing adalah binatang yang rapat dengan orang Melayu selain ayam. Justeru banyak petanda yang ditunjukkan oleh kucing yang ditanggap orang Melayu mempunyai maksud tertentu.  Kata orang, kalau ada kucing membersihkan muka di hadapan pintu, itu menunjukkan akan didatangi tetamu yang cantik dan pembersih.
BURUNG SESAT
Sekiranya ada burung yang tersesat ke dalam rumah kita, itu menunjukkan tuan rumah akan mendapat rezeki dan ada tetamu yang akan datang.
KUMBANG atau BELALANG PELESIT
Jikalau kumbang atau belalang pelesit masuk ke dalam rumah, itu petanda ada benda mistik yang tidak elok bertandang.
CICAK
Cicak memang ada di mana-mana. Jika cicak berbunyi, itu menunjukkan cicak mengiyakan percakapan kita. Cicak dianggap berkata atas dasar kebenaran.
BINATANG MELINTAS
Sekiranya kita berjalan dan dilintasi binatang juga mempunyai beberapa petanda Kalau kucing yang melintas jalan kita, itu petanda kita akan berjumpa kawan di dalam perjalanan.
Kalau biawak yang melintas jalan kita, bersedia untuk menanggung beban.
Mungkin melalui kepercayaan inilah wujudnya peribahasa ‘biawak hidup’ yang menyamakannya dengan manusia yang tidak memberi hasil dan hanya membebankan orang lain.
Sekiranya kita didatangi binatang-binatang tertentu seperti kala jengking, katak, cengkerik, belalang, kupu-kupu, kumbang, dan sebagainya, sebaik-baiknya tidak diganggu atau dibunuh. Sewajarnya ditangkap dan dilepaskan di luar rumah kerana kehadiran binatang-binatang ini terjadi secara alamiah.
Kesimpulannya, walaupun kebenaran daripada tanda-tanda yang terjadi ini kadangkala banyak diragui, namun ada kalanya memang wujud hubungan antara kejadian-kejadian tersebut dengan hukum alam.


Ilmu Firasat Melayu: Meramal Pergerakan 

Tubuh



Orang tua-tua zaman dahulu selalu mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat.Sejauh mana kebenarannya tidaklah diketahui.Tetapi yang pasti orang tua-tua  dahulu banyak meramal sesuatu melalui pemerhatiannya dan juga melalui pengalaman-pengalamannya yang lalu. Mungkin disebabkan banyak kebetulan yang berlaku, membuatkan mereka mempercayai setiap alamat. Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah untuk dipercayai semata-mata.
Kelopak mata kanan bergerak – beroleh keamanan.
Kelopak mata kiri bergerak – melihat perempuan
Kelopak mata kiri ke atas bergerak – ada orang akan berjalan jauh.
Kelopak mata kiri dibawah bergerak – hendak menangis
Ekor mata kanan bergerak – menerima kedatangan orang jauh.
Ekor mata kiri bergerak-gerak – mendapat sedikit kepayahan.
Biji mata kanan bergerak-gerak – akan menangis dalam bercinta
Biji mata kiri bergerak-gerak – gembira dihati
Umbun bergerak – berbahagia pada hari tersebut
Kening kiri bergerak-gerak = beroleh kelapangan
Bibir bawah bergerak = akan menangis.
Waktu subuh kepala kita bergerak – beroleh kerja yang baik.
Siku kanan bergerak-gerak – beroleh kebahagiaan.
Siku kiri bergerak-gerak – orang yang mengasihi kita akan datang
Pelipis telinga bergerak – alami kebahagiaan.
Telinga bergerakakan – berkelahi
Kepala bergerak – ada orang menyakiti hati kita
Kepala bergerak ke kiri – beroleh kebesaran.
Bahu kanan bergerak-gerak – harta hendak datang
Bahu kiri bergerah-gerak – bakal berjumpa pembesar/ketua.
Lengan kanan bergerak-gerak – akan sakit kepala.
Lengan kiri bergerak-gerak – beroleh harta
Pipi kanan bergerak-gerak – alamat sakit mata.
Pipi kiri bergerak-gerak – sentiasa bahagia.

Firasat Melayu: Tafsiran Mengenal Lelaki 

Dari Segi Anggotanya


KULIT
Warna kemerahan tanda pemarah, daya fikir lemah, tidak tetap dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Warna hijau kemerahan tanda bersungguh melakukan kerja hingga selesai. Warna hijau kehitaman tanda jahat kelakuannya. Warna kulit yang sangat putih (pucat) tanda penyakit dan kekurangan darah. Selain dari warna itu melambangkan kelakuannya baik.
RAMBUT
Jika rambut kasar dan keras, itu tanda berani dan otaknya sihat. Jika hitam tanda berakal dan pertimbangannya sempurna. Kerinting tidak dapat dipercayai. Hitam berkilat tanda sempurna akal. Kerinting Iembut tanda pintar. Kerinting dan merah warnanya tanda tamak dan jahat. Kekuningan rambutnya tanda pemalas dan pemarah
KEPALA
Saiz yang besar tanda tetap pendirian dan berakal. Sederhana tanda berpengetahuan. Terlalu besar tidak sepadan dengan leher tanda tidak sihat otaknya. Kepala kecil tanda suka menurut nafsu dan kurang akalnya.
DAHI
Dahi yang luas tanda bijak dan sempurna akalnya. Sedang luasnya dan berkerut tanda pengasih dan berani. Dahi yang kecil tanda kurang akal. Dahi yang banyak kerut antara kening tanda pemarah.
MATA
Mata yang jarang dikerdipkan tanda bijaksana. Mata besar tersembul tanda tamak dan tidak dapat dipercayai, dan dia ingin harta orang lain. Mata yang merah tanda beraNI tetapi kurang akal. Mata yang seperti mata kanak-kanak serta bercahaya tanda dikasihi oleh manusia lain dan panjang umur. Mata yang kerap dikerdipkan tanda pemaaf. Mata kecil tanda kurang sempurna pertimbangan. Mata biru keputihan tanda suka membuat jahat. Mata kekuningan keputihan tanda jahat dan suka menipu. Mata serupa mata Iembu dan merah serta selalu dikerdipkan tanda suka mencuri. Alis mata yang kusut tanda mungkir janji dan bodoh.
HIDUNG
Hidung yang sederhana saiznya tanda berakal. Sangat mancung dan panjang tanda kurang akalnya. Hidung yang dan besar tanda suka mengikut hawa nafsu. Batang tudung yang nipis tanda suka berkelahi. Lubang hudung yang luas tanda dengki dan hidung tebal di tengahnya tanda pendusta. Hidung bongkok tanda manusia paling jahat.
MULUT
Mulut yang kecil tanda bijaksana. Mulut yang luas tanda berani. Mulut sederhana tanda sempurna akalnya.
BIBIR
Bibir yang tebal tanda kurang akal. Bibir yang nipis tanda suka menghasut. tanda sihat. Bibir yang merah keputihan tanda berakal dan mudah faham. Bibir pucat tanda putus asa dan berpenyakit. Bibir hijau seperti lintah tanda banyak makan makanan yang haram.
GIGI
Panjang dan besar-besar tanda pendusta. Sederhana tanda berakal. Besar dan jarang tidak dapat menyimpan rahsia. Tersusun rapat tanda jujur.
DAGU
Dagu yang luas tanda takbur. Dagu yang tirus tanda kurang akal dan jahat. Dagu sederhana tanda sempurna kelakuannya
SUARA
Nyaring tanda berani. Perlahan tanda pendusta dan bebal. Tidak tetap bodoh. Suara yang merdu tanda jujur tetapi kurang bijak.
TELINGA
Telinga yang besar tanda berakal tetapi Iekas marah. Telinga kecil kurang akal. Cuping telinga yang melekat tanda kejam. Cuping telinga yang lembut dan panjang tanda penyamun.
BAHU
Bahu besar tanda kurang akal tetapi berani. Bahu yang singkat tanda suka mengerjakan pekerjaan jahat. Belikat bahu yang ditumbuhi bulu roma tanda kuat berjima’.
BELAKANG
Belakang yang lebar tanda keras hati, takbur dan pemarah. Bonngkok tanda gigih dan bijaksana. Belakang yang tebal tanda dia seorang yang bijaksana.
MUKA
Muka bujur tanda baik. Sangat bujur tanda jahat. Bundar tanda perangainya baik. Sederhana tanda pemalu.
LEHER
Leher sangat pendek tanda jahat dan pendusta. Panjang dan lurus tanda bebal dan berpenyakit. Leher besar tanda suka berolok-dok tetapi berani. Urat leher yang timbul tanda pemarah.
DADA
Dada yang sederhana tanda berakal. Dada yang ditumbuhi bulu kurang berakal dan suka melakukan perkara jahat.
LIDAH
Lidah yang panjang tanda fasih bertutur.
LENGAN
Lengan yang panjang hingga ke lutut tanda pemarah, berani, berjaya dalam kerjanya tetapi takbur dan suka meninggi diri. Lengan yang pendek tanda tidak sihat dan suka berbuat jahat.
TAPAK TANGAN
Berjari panjang tanda berani dan berakal. Tapak tangan yang lembut tanda mudah memahami. Tapak tangan yang nipis tanda kurang akal.
JARI
Jari yang panjang dan besar tanda kuat. Jari yang pendek tanda bebal. Jari yang sederhana tanda tidak sempurna akal tetapi budiman.
PERUT
Perut yang besar tanda tidak malu dan penyakit. Perut yang sederhana tanda bijak dan sihat.
PINGGANG
Pinggang yang lembut tanda berani. Pinggang yang tiada tiada berdaging tanda keras hati dan takbur.
BETIS
Betis yang sederhana tanda sihat. Betis yang sangat kecil tanda kurang akal dan bebal.
KAKI
Kaki yang sederhana tanda sempurna akal. Kaki yang kecil tanda fasik. Kaki yang besar tanda bodoh.
TUMIT
Tumit yang besar tanda sihat. Tumit yang sederhana suka berbuat kebajikan. Tumit yang kecil tanda kurang sihat.
LANGKAH
Langkah yang panjang dan teratur tanda sempurna pekerjaannya. Langkah pendek dan kurang tetap tanda kurang berakal.
Demikian mengenai mengenal lelaki menerusi bentuk anggota tubuhnya, yang mana ianya merupakan pengetahuan yang dipraktikkan oleh orang-orang Melayu zaman dahulu dalam banyak aspek pergaulan. Walau bagaimana pun ini cuma merupakan falsah-falsah yang umum. Banyak lagi aspek-aspek lain yang perlu diketahui sebelum membuat rumusan mengenai personaliti seorang lelaki.




Petua Untuk Meluahkan 

Perasaan Cinta




Rancang dengan Matang – Anda perlu strategi dan latihan dalam segala aspek apabila mahu mengatakan cinta pada si dia. Untuk mengungkapkan cinta tidak boleh sebarangan, sebaliknya lihat tempat dan waktu yang sesuai. Jangan seberbuat demikian ketika dia ada tetamu.
Kenali  Dia Lebih Dekat – Hal ini penting supaya anda tidak kecewa pada saat menuturkan rasa cinta yang membara itu. Jika yakin anda akan diterima, jangan ragu-ragu.
Ungkapkan Cinta dengan Sesuatu – Ungkapan cinta tidak hanya dengan ucapan, tetapi seharusnya ada elemen lain, misalnya, selitkan bersama sesuatu yang amat digemarinya. Jika anda lelaki, berikan si gadis bunga mawar atau cincin, kerongsang. Jika anda perempuan, cukup dengan senyuman dan kata cinta.
Cari Waktu dan Tempat Yang Sesuai – Waktu paling tepat untuk mengatakan cinta ialah ketika saat terluang atau hari bersantai. Pilih tempat yang kundusif dan romantik.
Ungkapkan Cinta secara Langsung – Si dia akan lebih menghargai jika anda berbicara secara langsung. Jangan mengatakan cinta melalui perantara seperti teman, telefon, surat atau e-mel.
Siapkan Minda – Ini juga perkara paling penting supaya semua rancangan tidak tergendala di tengah jalan. Jangan sampai suara tidak terkeluar atau berpeluh ketika mengucapkan kata cinta.
Doa – Perkara ini adakalanya dilupakan atau kadangkala dianggap remeh. Dengan berdoa, rancangan anda lebih membawa keberkatan. Jika ditolak, biarkan saja dan anda harus pasrah atau reda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

U Follow I, I Follow U Balik..