Sesungguhnya Allah
S.W.T menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi
Qalbu (jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu.
Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang
kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang
batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan,
dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang,
seorang saudari yang penyayang, seorang puteri yang manja, dan seorang istri
yang penurut.
Dan wajib bagi Adam
untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang
dikhabarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W, “Jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok
tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksudnya adalah
dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita
yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.
Maka wahai Adam
janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila
seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan
airmata, itu bererti DIA SEDANG MENANGIS DALAM HATINYA. Apabila dia tidak
menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu
untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sukar untuk
mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang.
Akhir sekali, boleh la korang pegang2 tangan. Nak pegang kat mana2 pon boleh dah HALAL. Dah tak ada yang haram dah bagi suami dan isteri. Suke hati korang la. jangan OVER plak. Tapi, jangan lupa TANGGUNGJAWAB korang berdua sebagai suami dan isteri yang bakal menjadi IBU dan BAPA.
.:KRONOLOGI CINTA LANDASAN ISLAM:.
Dari mata turun ke hati. itulah ungkapan yang paling sesuai sebab pertama kali pandang terus jatuh hati.
Selepas tu, bagitau mak ayah yang kita nak kawin. bukan sebab korang gatal tapi dah WAJIB untuk berkahwin. Maka, mak ayah korang pon pegi la merisik keluarganya untuk korang. Lepas tu, terjalin la ikatan PERTUNANGAN. Kalau nak EXPRESS, tunggu la WALIMATULURUS.
Lepas tu, terjadi ikatan SILATURAHIM antara 2 buah keluarga hasil pernikahan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan